Monday, December 22, 2008

Yuran Pengajian

Setelah diperbincangkan di dalam mesyuarat :

Pihak ILHAM cawangan Pahang telah menetapkan kadar yuran bagi setiap satu semester. Yurannya adalah seperti berikut :

RM 150.00 (tidak termasuk modul/nota)

Yuran pengajian ini boleh dibayar pada hari pertama pengajian ILHAM di Akademi Ar Rasyidin iaitu pada 31 Januari 2009.

Sekian, harap maklum.

Modul Modul Yang Akan Dipelajari

BismiLlahirrahmanirrahim......

Sebanyak 12 modul yang akan dipelajari sepanjang satu tahun pengajian. Pada setiap semester, terdapat 4 modul yang akan dipelajari. Antara modul modul yang akan dipejari ialah :


Semester 1

a) Pengantar Pengajian AL- Quran

b) Aqidah Islamiyah

c) Politik Islam

d) Sejarah Gerakan Islam Di Malaysia - i

Semester 2

a) Pengantar Pengajian Hadith

b) Fiqh Islami

c) Ekonomi Islam

e) Sejarah Gerakan Islam Di Malaysia – ii

Semester 3

a) Fiqh Jihad

b) Pengajian Pengurusan Islam

c) Fiqh Da’wah

d) Sirah Nabawiyyah

Sunday, December 21, 2008

Pengambilan Pelajar


Salam…

Merujuk perkara di atas,

Pengambilan pelajar DKI ILHAM cawangan Pahang sesi Januari 2009 telah bermula pada November 2008, pengambilan pelajar ILHAM cawangan Pahang dilanjutkan lagi sehingga 31/01/2009 kerana mengalami masalah-masalah teknikal.

Walaupun ,telah beribu-ribu borang pendaftaran telah diedarkan namun kami tidak mendapat “feedback” yang baik daripada pelajar, Kami mengharapkan ramai yang akan memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini.

Pihak kami mengharapkan “feedback” daripada bakal pelajar DKI ILHAM dengan :-

a) Menghantar borang permohonan kepada kami selewat-lewatnya pada 31Januari2009 (Sabtu) bersamaan dengan 04 Safar 1430 H.

b) Memaklumkan kepada kami melalui emel,telefon, faks @ SMS berkenaan permohonan kemasukkan sebelum 18 Januari 2009 untuk memudahkan pengurusan.

Untuk makluman semua bakal pelajar DKI ILHAM cawangan Pahang,kelas pengajian sesi Januari 2009 akan bemula sepenuhnya pada :-

Tarikh :
31 Januari 2009 bersamaan 04 Safar 1430 (Sabtu)

Masa :
8.30 pagi - 6.00 petang

Bertempat di :
Akademi Ar Rasyidin Enterprise (Ca 0124385-W)
B 632, Tkt 1, Taman Bandar Emas
Jln Beserah 25300 Kuantan
Pahang Darul Makmur
(Berhampiran Tunas Manja Beserah)

Maklumat Lanjut, sila hubungi :-
E – Mail : akademi08@yahoo.com
Tel/Fax : 09-5688182

atau

Hubungi terus pegawai kami di talian :-
014-5008769 (Nik Hafizul)
013-9739868 (Nasrul)

Harap Maklum.

“Membentuk Ummah Gemilang”